Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia
Mata Pelajaran
: Bahasa Malaysia
Kelas
: Tahun 1A
Tarikh
: 19 Oktober 2012 (Jumaat )
Masa
: 8.10 pagi
– 9.40 pagi ( 30 min )
Bilangan murid
: 28 orang
Umur
: 7
tahun
Tema
: Keluraga
Tajuk
: Belajar
bersama-sama
Kemahiran
: F.U. 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja
dengan betul
mengikut
konteks.
F.S .2.2.3 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi
dua atau tiga suku kata,diftong,vocal berganding,difgraf
dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran,
murid berupaya:
1. Membaca ayat tunggal berdasarkan gambar.
2. Menyebut kata kerja yang berdasarkan gambar yang
diberi
dengan betul.
3. Memberikan contoh kata kerja yang lain.
4. Melengkapkan lembaran kerja yang diberi mengikut
standard
kumpulan masing-masing.
Kaedah/
Kemahiran : Mendengar, Membanding beza, Menghubungkait, Lakonan
Bahan, peralatan B Bahan, Peralatan dan bahan
sumber : LCD, bekas, kad perkataan, lembaran kerja
Nilai
: Bekerjasama, menjaga kebersihan diri
KBKK
: Mendengar,
Membanding beza, Menghubungkait
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid telah mempelajari kata kerja lain
seperti pegang,simpan,tutup,bawa,angkat.
Langkah/ Masa
|
Isi Kandungan
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Set induksi
(± 3 minit)
|
Powerpoint
Lagu Bangun pagi
|
1. Guru menyanyikan sebuah lagu ‘Bangun Pagi’ bersama murid.
2. Guru meminta murid menyebut kata kerja yang dicetak berwrna merah
berdasarkan lirik lagu.
3. Guru mengimbas kembali ingatan murid kata-kata kerja yang telah pelajari sambil
menerapkan nilai murni.
4. Guru memperkenalkan tajuk hari ini.
|
ABM:
LCD
KBKK:
Mendengar
Domain psikomotor:
Menyanyi lagu.
Nilai murni:
Menjaga kebersihan diri
|
Langkah 1
(± 10 minit)
|
Powerpoint
|
1. Guru membimbing murid memahami tentang kegunaan kata kerja.
2. Murid dikehendaki membaca ayat yang dipaparkan.
3. Guru mengiringi murid membuat perbuatan berdasarkan kata kerja.
4. Guru cuba menukarkan nama orang dalam ayat tersebut.
5. Murid-murid membaca semua ayat sambil berlakon.
|
ABM:
LCD
KBKK:
Membanding beza, Menghubungkait
|
Langkah 2
(± 9 minit)
|
Powerpoint
Permainan
|
1. Guru memberikan arahan dan peraturan permainan.
2. Semasa muzik dimainkan, setiap murid hendak mengedarkan bekas yang berisi
kad perkataan kata kerja yang telah pelajari.
3. Sekiranya muzik berhenti, murid yang mendapat bekas itu perlu mengambil
satu kad dan berlakon.
4. Murid yang lain cuba teka apakah perbuatan tersebut.
5. Permainan diteruskan sehingga kad habis diambil.
|
ABM:
LCD,bekas,kad perkataan
KBKK:
Menghubungkait
Domain afektif:
Bermain secara adil
|
Langkah 3
(± 5 minit)
|
Powerpoint
Lembaran kerja
Kumpulan A
Kumpulan B
Kumpulan C
|
1. Guru membimbing murid memberi contoh-contoh kata kerja yang lain.
2. Guru memaparkan satu demi satu sebagai rujukan bagi murid.
3. Murid menyebut dan membatangkan perkataan.
4. Seterusnya guru mengedarkan lembaran kerja mengikut kumpulan.
5. Guru membimbing murid yang lemah sambil membuat pemerhatian.
|
ABM:
LCD,Lembaran kerja
KBKK:
Aplikasi
Domain kognitif:
Menyebut dan membatang perkataan
|
Penutup
(± 3 minit)
|
1. Guru membincangkan jawapan bersama murid.
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang topik yang baru dipelajari.
3. Guru membimbing murid mengimbas kembali dan membuat ulangkaji bagi
mengukuhkan kefahaman murid.
|
ABM:
LCD,Lembaran kerja
KBKK:
Membanding beza
|