Sunday, 16 December 2012

RPH Bahasa Malaysia


Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia
Mata Pelajaran          : Bahasa Malaysia
Kelas                           : Tahun 1A
Tarikh                        : 19 Oktober 2012  (Jumaat )
Masa                           : 8.10 pagi – 9.40 pagi ( 30 min )
Bilangan murid         : 28 orang
Umur                          : 7 tahun
Tema                          : Keluraga
Tajuk                          : Belajar bersama-sama
Kemahiran                 : F.U. 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja dengan betul 
                                                       mengikut konteks.
  F.S .2.2.3 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi  
      dua atau tiga suku kata,diftong,vocal berganding,difgraf
      dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran, murid berupaya:
   1. Membaca ayat tunggal berdasarkan gambar.
   2. Menyebut kata kerja yang berdasarkan gambar yang diberi  
       dengan betul.
   3. Memberikan contoh kata kerja yang lain.
   4. Melengkapkan lembaran kerja yang diberi mengikut standard   
       kumpulan  masing-masing.
Kaedah/ Kemahiran : Mendengar, Membanding beza, Menghubungkait, Lakonan
Bahan, peralatan                                                B     Bahan, Peralatan dan bahan sumber : LCD, bekas, kad perkataan, lembaran   kerja
Nilai                            :  Bekerjasama, menjaga kebersihan diri
KBKK                        : Mendengar, Membanding beza, Menghubungkait

Pengetahuan Sedia Ada :
Murid telah mempelajari kata kerja lain seperti pegang,simpan,tutup,bawa,angkat.

Langkah/ Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set induksi
(±  3 minit)
Powerpoint

Lagu Bangun pagi
1.      Guru menyanyikan sebuah lagu Bangun Pagi’ bersama  murid.
2.      Guru meminta murid menyebut kata kerja yang dicetak berwrna merah berdasarkan lirik lagu.
3.      Guru mengimbas kembali ingatan murid kata-kata kerja yang telah pelajari sambil menerapkan nilai murni.
4.      Guru memperkenalkan tajuk hari ini.
ABM:
LCD
KBKK:
Mendengar
Domain psikomotor:
Menyanyi lagu.
Nilai murni:
Menjaga kebersihan diri
Langkah 1
(±  10 minit)
Powerpoint

1.      Guru membimbing murid memahami tentang kegunaan kata kerja.
2.      Murid dikehendaki membaca ayat yang dipaparkan.
3.      Guru mengiringi murid membuat perbuatan berdasarkan kata kerja.
4.      Guru cuba menukarkan nama orang dalam ayat tersebut.
5.      Murid-murid membaca semua ayat sambil berlakon.
ABM:
LCD
KBKK:
Membanding beza, Menghubungkait





Langkah 2
(±  9 minit)
Powerpoint

Permainan
1.      Guru memberikan arahan dan peraturan permainan.
2.      Semasa muzik dimainkan, setiap murid hendak mengedarkan bekas yang berisi   kad perkataan kata kerja yang telah pelajari.
3.      Sekiranya muzik berhenti, murid yang mendapat bekas itu perlu mengambil satu kad dan berlakon.
4.      Murid yang lain cuba teka apakah perbuatan tersebut.
5.      Permainan diteruskan sehingga kad habis diambil.
ABM:
LCD,bekas,kad perkataan
KBKK:
Menghubungkait


Domain afektif:
Bermain secara adil

Langkah 3
(±  5 minit)
Powerpoint

Lembaran kerja

Kumpulan A

Kumpulan B

Kumpulan C
1.      Guru membimbing murid memberi contoh-contoh kata kerja yang lain.
2.      Guru memaparkan satu demi satu sebagai rujukan bagi murid.
3.      Murid menyebut dan membatangkan perkataan.
4.      Seterusnya guru mengedarkan lembaran kerja mengikut kumpulan.
5.      Guru membimbing murid yang lemah sambil membuat pemerhatian.
ABM:
LCD,Lembaran kerja
KBKK:
Aplikasi


Domain kognitif:
Menyebut dan membatang perkataan
Penutup
(±  3 minit)
1.      Guru membincangkan jawapan bersama murid.
2.      Guru bersoal jawab dengan murid tentang topik yang baru dipelajari.
3.      Guru membimbing murid mengimbas kembali dan membuat ulangkaji bagi mengukuhkan kefahaman murid.
ABM:
LCD,Lembaran kerja


KBKK:
Membanding beza



No comments:

Post a Comment