Tuesday 11 December 2012

KATA HUBUNG


Kata hubung

Kata Hubung
Perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.

Kata Hubung Gabungan

 

 

Kata hubung gabungan menyambungkan dua ayat yang sama penting kedudukan. Menurut
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 239), kata hubung
gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama
taraf sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut
ayat majmuk gabungan.
Contoh:
1. Dia membuka almari lalu mengambil bajunya.
2. Roziah mendengar radio sambil menggosok baju.

  Kata Hubung Pancangan 




Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat
kecil.
         Ayat utama                     Ayat Kecil1. [ Asmah senyum ] kerana [ dia sangat gembira ]
2. Kami akan berhenti menjalani latihan bola sepak jika hujan bertambah lebat.
3. Dia tidak putus asa walaupun dia tidak berjaya dalam temuduga tersebut.
  Menurut Tatabahasa Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 :240), kata hubung
pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa-klausa tak setara atau
klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi
kepada tiga jenis, iaitu:
1. Kata hubung pancangan relatif
2. Kata hubung pancangan komplemen

6 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian nota yang jelas dan bermanfaat!^^

    ReplyDelete
  2. Nota yang jelas dengan penerangan.Ini amat memudahkan murid-murid untuk belajar.

    ReplyDelete
  3. Nota ini amat berguna kepada murid-murid. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Nota yang jelas...^^

    ReplyDelete
  5. Saiz nota kecil. Cikgu boleh cuba besarkan sedikit. Teruskan usaha cikgu.

    ReplyDelete